Apakah yang dinamakan spread emas?

Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas. Sebenarnya istilah ‘susut nilai’ adalah tidak tepat dalam menggambarkan spread emas ini kerana nilai gram emas tidak akan susut. Jika ia bernilai 1 gram emas, ia tetap akan bernilai 1 gram emas.

Istilah yang mungkin lebih tepat bagi spread emas ialah ‘beza harga antara harga jual dan harga beli’ sesuatu produk emas tersebut. Spread yang lebih kecil adalah lebih baik dan menguntungkan kepada pembeli/penyimpan emas.

Berapakah spread emas Public Gold?

Spread emas Public Gold cuma 6% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih.

Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran berbanding syarikat penjual emas yang lain.

spread emas public gold

Mari kita ambil contoh pengiraan spread emas Public Gold melalui screenshot harga emas Public Gold di atas. 

Spread emas (%) ={ [Harga Jual (PG Sell) – Harga Beli (PG Buy)]/ Harga Jual (PG Sell)} x 100

Contoh untuk 1 kg emas, 

Spread emas (%) ={ [RM 312014 – RM 293294] /RM312014 } x 100

= 6%

Kalau kita perhatikan, semakin besar nilai gram emas tersebut, semakin kecil nila spread nya..